HELLO PEEPS !.welcome and Be nice here. please click this . +Follow | Dashboard
MY DIARY ONLINE

Assalamualaikum semua! Selamat bercuti kepada yang sedang bersuka ria bercuti yah. Bestnya dapat pi vacation with familia :)

Act sis boring sekarang ni. Tak tahu nak buat apa. Sebabtu cari blog ni nak hilangkan kebosanan ini ehhe. Em nak cakap pasal ape ek? Hehe. Bantai jelah. K nak tanya ni. Korang pernah tak suka kat someone yg dipanggil 'lelaki'? This question just for girls ok. Heh mustahil lah tak pernah kan. Mesti la pernah ye dak. Termasuk me. Hehe. Kalau korg suka kat depa korang buat apa? Luahkan? Senyap ja? Stalk dalam diam? Ke apa ke. Haha macam2 ah kan. Tulah, tapi bila kita suka org dalam diam ni en tetiba tengok orang tu dah nak kawin ngn orang lain huh be like cam tah lah nak cakap apa cek haha. Tapi faham en cane rasa dia cantu lah :')

Tapi korang ni pecaya ke semua laki? Em ye ke tak? Kenalah tak guys. Bak kata orang 'SEMUA LELAKI NI SAMA JE'. Act 'TAK SEMUA LAKI SAMA.' leh bezakan tak ayat ni? K lah sis nak cakap ni kalau laki tu betoi sayang kat hang takdak nya dia ajak couple ke jumpa ke date ke bagai. Tak ada nya. Itu pun dah dikira cam tak respect pompuan kot. Kekadang depa ni pandai bagi ayat manis tau. Lelagi kalau dia rasa dia tu digilai ramai wanita lagi lah naik gatai. So berwaspada lah dengan lelaki yep.

Korang suka lelaki yang cam mana? Firstly mestilah yang hensem dak. Sape taknak laki kacak haha. Tapi jangan tengok hensem je perangai tu penting. Zaman sekarang ni agak susah lah nak cari lelaki yang leh bawak somi ni. Kena selidik betoi2 kalo hang nak jadi tulang rusuk dia haha. Tapi memang ah zaman skrg ni ramai org dok kawan awai kan. Muda2 lagi dah kawin. Ye lah dah akhir zaman. Nak kena ada pelindung kata kan. Hihi. Thats all for tudei ~
Assalamualaikum to all ladies and gentleman. Girls and boys. Ops? Girls jelah. Hehe. Salam ukhwah semua nya :)

Dah lama kan tak jumpa kan? Haha memang cani hakak busy kit sejak sekolah berasrama penuh ni eceh, Hehe. So sekarang hakak ada banyak masa nak update blog cause holiday yeayyyyy! Suka bak ang. Rasa nak lompat tinggi2 sampai ke langit haaaaa. Budak asrama paling bahagia when we get a long holiday fehhh best tau. Setelah berkurun lama dok dalam asrama jah tanpa melihat dunia luar. Eh takde lah gitu. Keluar ah gak haha. So apa perancangan cuti korang kali ni? Mesti dah fikir2 macam2 dalam kepala otak tukan? Nak holiday ngan family lah, vacation ngn member lah and macam2. And you know wht? This month byk musim kawin. Arghh saia ta kuadd tengok org kawin hahahahah takdelah saje je. Tapi memang ah tengok bahagia je depa kan. Yelah dah ada jodoh en. Kawe ni lambat lagi nak ke pelamin tu haha mampu naik pelamin orang je dulu boh.

Hm cuti ni tak tahu teha ade holiday yg seronok ke tak. Yang taunya abang guwe nak kawin tu je. Travel to johor jelah jawabnya huh. Nak keluaq ngn member fkir gak budget ni haaa. Hehe. Btw baru sehari cuti tapi rindu lak kat geng asrama yang agak ceria and bahagia disana. Tak sangka dah 2 tahun sekolah sana. So excited! Yah. Tak tahu nak cakap apa ekceli k bye assalamualaikum ~
Assalamualaikum and hi semua! Wah rindunya hakak dengan blog ni ya Allah. Huh akhirnya balik jugak en setelah berkurun lama dok madrasah. Wuish rindu tak terkata bak ang dengan rumah ummi abah and semua nya lah. Rasa batak sikit bila balik rumah ni. Cam tak pernah tengok rumah dah gayanya. Em malam tadi before balik ada bayan tangguh. Tahu bayan tangguh? Em dia lebih kurang cam gathering. Senang citer nak faham perjumpaan lah haha. Memula cam biasalah sazah kasi nasihat memacam. And then kami dapat 'HADIAH' special from ustazah huyoo. Padia tu? Tak lain tak bukan. Rotan ah weh. Biasalah adat madrasah en. Hehe. Hakak ni hanya insan biasa. Terkadang ada salahnya ada silapnya uhuks. Tapi tulah tu semua pengalaman katakan. After dah dapat 'HADIAH' tu kitorang kena salam and mintak maaf kat semua orang. Hakak taktahu lah kenapa malam tadi hakak cam terlebih feeling. Nangis sampai bengkak mata. Tah kenapa lah hahaha. Maybe terasa cam rindu kot kat dorang nanti. Eleh seminggu je pun cutinya. Bukan sebulan. Lepas je balik daripada cuti raya haji kena tunggu lagi 3 bulan pehtu baru ada cuti wuuu. Takpa. Sabar itu indah! xoxo :D

Assalamualaikum uolls. Finally MATMA got travelled to Teluk Batik! Yeahh. Inilah masa yang ditunggu tunggu setelah sekian lamanya. Hahahaha. Amat seronok mereka, Ini jelah view laut yang ada ahaks.

#Day1




24/5/2016---Hari pertama di Teluk Batik. Em not bad. Okaylah jugak. Adalah rasa happy tu hehe. Yelah pestaim kot buat lawatan jejauh nii. Tak pernah2 lagi. So rasa cam batak sikit ah heheh. Tengok tempatnya cam okay. Chalet pun ok cuma takde orang sgt. Yelah kitorang dtg masa bukan cuti. Jadinya agak konker disitu and pishang. Ahahaha. And malam tu kitorang buat BBQ ohyeah. Seronok gak ah malam tu. Gilir2 dok kipas asap. Sampai berapi muka dah sorang semua hahaha. And then kena buat ucapan hari guru ikut kelas. Malam tu malam melantak makanan aja bah. Biar gemuks budak MATMA semua hahaha. Itu jelah nak story. First day agak kureng cerita.

#Day2







25/5/2016------Ok sudah tiba masa nak story hari kedua pulak. Aktiviti kitorang hari kedua ni agak enjoy sebab kitorang main banyak game! Macam2 ada. First main game istana pasir, Kat depan kita tu ada banyak istana pasir kecik2 je semua. Pastu semua kena carik yang dalam dia ada gula2. Sapa dapat gula2 tu dapatlah mata, Best! Then game kedua kitorang main tarik tali. Haaaa ni lagi best. Penat gila weh nak menariknya. Nasib lah group teha ramai yang tembam2. Mudah sikit nak menariknya hahaha. And group tehalah yang menang tu yeayy bangga sikit haha. Tarik tali je puns. Halah ~ Lepastu sazah2 pun main tarik tali tau lagi gempak kahkah. Dah habis main tarik tali kitorang main puzzle pulak tapi tu group lain laaa. Group teha main tali manusia and lumba lari hehe. Memang terbaikkk. Rasa cam enjoy gila laaa. Semua masuk air kot. Takleh blaaa je hehe.

SHOPPING TIME!







Lepas dah penat2 main semua kitorang get a rest sat. Penat kot haha. Pehtu bangun balik dalam kol 1 centu solat jamak zuhur asar then baru siap2 nak pergi lumut for shopping yeahh! Hahahaha. Kitorang pi shopping ler. Macam2 beli, Ada yang beli souvenir for keluarga dorang or kawan dorang. Beli baju laa beli spek ada and lanje selfie pun ada. Sambil2 tu en apa lagi selpiaq ah haha. Cuma masatu teha takde budget sangat nak beli barang bebanyak. Mata dah rambang ni nampak memacam. Rasa nak borong je satu kedai, But time tu i just have 50 only untuk belanja sendiri2. Memang tak cukup ah en. Beli jelaa apa yang patut. Beli makanan sendiri ngap sendiri hahaha. Lepas dah beli barang semua carik port untuk sesi bergambar setiap kelas. Tu semua kelas masing2 ah. Pandai2 ah nak snap gambaq depa cam mana pun. Dah syok2 bergambaq apa lagi balik ah jom haha.

MALAM KEBUDAYAAN










Malam tu pulak kitorang ada malam kebudayaan uolls. Masani best ah gak. Sebab sazah ada bahagikan apa yang kita patut buat mengikut kumpulan. Kumpulan teha dapat buat qasidah. Haha senang gila tayah fikir dah kita bantai je haaa. Then group kak ati dapat buat nasyid, Lagi simple wei. Depe baca doa iman je pastu dah blah haha. Group kak syaff pulak buat pentomen. Ia agak susah untuk dihandle tapi terbaik ah dorang buat. Even cerita dia pendek and simple tapi banyak pengajarannya. You all the best! Then group amal pulak dapat buat sketsa. Group dia ni pun simple je lakonannya tapi banyak isi. Bagus2. And the last sekali ada persembahan dari matma 2. Depe nasyid saja hehe. Tapi papehal semua enjoy and korang semua terbaik!

#Day3

TILLWEMEETAGAIN!








26/6/2016-------And finally tiba masanya hari terakhir kita berada di teluk batik! Hm aktiviti nya tak banyak mana. Cuma pagi tu ummi kasi kitorang pegi pantai yelah dah nak balik en. Tapi ada lah satu kejadian yang amat tidak diingini berlaku sebelum kami pulang. Kalau dah kat pantai faham2 jelah apa yang berlaku. Memang first time alami benda tu semua depan mata wei. Cek memang dah nangis gila dah time tu, Tak dapat nak kawal dah air mata ni huhu. Tapi tulah nasib baik semuanya okay. Alhamdulillah syukur sangat. Allah masih bantu kita. Allah masih panjangkan umur kita semua. Tulah dia kenangan agak tak manis di Teluk Batik. Tapi apa apapun percutian kali pertama MATMA ni memang best! Thanks ummi sebab sudi bawak kitorang bercuti jejauh hihi. Hope kita dapat travel cenggini lagi naa. We will miss our moments there :')

Wallahu a'lam ~





Assalamualaikum to all ladies and gentle man. Boys and girls, Hehe. Happy eid mubarak! Dah raya kelima baru nak update naaa. Haaa lantak ler. Kita masih dalam mood raya lagi kan. Hm sudah tiba masanya kita meraikan kemenangan kita setelah sebulan kita berpuasa dan berperang dengan nafsu makan minum and sebagainya. Eleh sebulan je pun bukan setahun ye dak. Hah camne raya tahun ni? Ada seronok ka? Tapi bagi teha kan biasa biasa je rayanya. Yelah makin lama semua makin dah besar. Makin susah nak dapat duit raya eh kesitu pulak dah x) tapi tulah agak kurang meriah. Yelah dulu kitorang berkumpul kat kampung tapi sekrang kampung semuanya terbengkalai jadinya tak berkumpul kat kampung lah en, Adalah kisah disebaliknya. Haha mesti tak faham apa yang teha cuba nak ceritakan ni. Takpe deh. Nilah tema baju raya kami sekeluarga tahun ni. NO THEME. Hahahaha. Jadinya gambaq pun tak style mana lah kan. Dah bajunya lain2 gitus. Hohoho. Okaylah dikesempatan ini saya Nur Fatihah Bt Mohd Fuad serta keluarga ingin memohon maaf dari hujung rambut kome sampai hujung bawah tapak kaki jika ada tersalah cakap, tersakitkan hati, terasa ke, terpoyo ke terbajet tersepak tercubit tergurau dan segala ter yang adelah, Kami hanya insan biasa ye kan hehe. Mohon maaf dipinta ye semua. Maaf sekali lagi. That's all :D
Assalamualaikum semua! Wah dah lama sangat ni ana tak update blog nii. Berhabuk dah bersawang pun ehehe. Maaflah ye ana ni busy sikit skrg nak update blog lagi tak menyempat. Cuti skrg pun dapat tiga bulan sekali je. Memang tak ah nak update blog ni bagai kan. Tapi tulah alhamdulillah dapat menyempat gak nak update nii.

Sebenarnya taktahu nak cerita apa. Tapi main taram jelahh. Hmm dah nak dekat setahun lebih belajar di tempat agak baru bagi ana iaitu MATMA. Alhamdulillah kat sana semuanya okay. Tapi gaduh2 ngan kwan tu perkara biasa lah kan. Takleh nak cakap ahh. Tapi ana rasa best sgt dapat sekolah sana. Rasa beruntung sangat ah. Yelah selama ni dapat sekolah mix laki pompuan rasa cam tak terjaga. Belajar pun tah kemana. Akhirnya cari punya cari jumpalah MATMA hehe. Nak tau MATMA tu cam mana?

Okay MATMA ni maksudnya Maahad Tahfiz Mawaddah nama singkatannya lah en. Tapi tahfiz ni dia ada kemahiran menjahit and memasak. Katanya sebagai sampingan sebeb kitakan perempuan. Jadi must learn about it lah, Kang nak kawin cammana tak pandai masak untuk suami. Nanti kalau seluar suami koyak sapa nak jahit? Katanya ummi Mazanah hehe. Tahfiz ni bukannya bandor2. Kitorang duduk area kg2 je. Tapi life kitorang kat sana takdelah kekampungan sangat. Agak mewah ah. Sebab ada aircond lah. Ada mesinbasuh. Ada macam2 ah hehe. Tapi ada lah jugak sikit mujahadah kat sana. Bak kata orang mujahadah tu kita kena cari sendiri baru best en en en. Hehe.

Ana harap ana dapat habiskan semuanya kat sana. Tgh takut ni nak teruskan menghafal tapi tulah kita takleh putus asa. Kena struggle sikit. Nak belajar ni memang ah takde yg mudah lagi2 orang yang menghafal Al-Quran ni laaaaaaaaaaagilah. Moga diri ini terus qowiy untuk meneruskan perjuangan ini. Itu saja dari ana. Wallahu a'lam ~

Adakah cinta itu fitrah?




Terus-terang saya cakap, hari ni, masalah masyarakat, khususnya remaja dan belia, ialah berkenaan isu CINTA. Yang mana, hasil dari masalah ni, lahirlah remaja dan belia yang lemah, jiwa kosong, cepat down, takde matlamat jelas, terumbang-ambing, tak mampu memberi manfaat untuk umat, anak derhaka, zina berleluasa, memberi fitnah pada agama, dan lain-lain. Puncanya ialah CINTA.

Sepanjang saya memberi perkongsian di sekolah serta universiti, dan bergaul dengan banyak remaja dan belia, tak kisahlah yang sekolah agama atau tak, yang berkopiah bertudung labuh atau tak, banyak yang terperangkap dengan masalah cinta ni. Haish….Tension gakla, serius...

Sedih gak rasanyaNabi dan sahabat dan korban macam-macam, menangis tiap malam, bermandi darah untuk bina umat, tapi, hari ni, ramai yang menggunakan nikmat nangis untuk menangisi perkara-perkara yang memalukan.

Nangis ingat awek, nangis ingat pakwe, nangis ingat crush, nangis tengok drama cinta Korea, nangis dengar lagu Justin bieber, dan yang sama waktu dengannya. Sungguh, cukup memalukan.Kalau nabi tengok umat hari ni, memang nabi nangis teresak-esak…..

Semuanya hancur, hancur, hanyut dengan cinta. Kemudian, bila di tegur, masing-masing menggunakan alasan agama untuk membenarkan dosa. Alasan yang paling biasa orang guna ialah:

“Apa salahnya bercinta?? Cinta tu fitrah! Yang penting, tak lupa Allah dan rasul….”

So, saya nak kemukakan satu persoalan:

“Adakah cinta itu fitrah?”

Di sebabkan ramai guna hujah ni, maka, artikel kali ni, bertujuan untuk SENTAP mereka-mereka yang selalu guna hujah ni, seterusnya, memberi penerangan secara jelas tentang isu ini. Moga-moga, ramai dapat faham!

APA ITU FITRAH?

Firstly, saya nak terangkan dulu, apa makna fitrah. Kalau orang tak faham, nanti berlakulah salah faham. So, fitrah tu?

“Fitrah ialah sifat semulajadi yang Allah beri kepada setiap orang….”

Contoh sifat fitrah ialah, inginkan tuhan, sifat takut, marah, sayang, cinta, sedih, dan lain-lain. Semua sifat ni, tak payah belajar, tak payah berguru pun, semua orang aka nada sifat-sifat ni. Semua orang ada sifat-sifat ni. Hatta, Atheis yang kononnya tak percaya tuhan, di sudut hati dia, dia percaya adanya tuhan. Ada sorang atheis masuk islam, dia cerita macamana dia masuk islam:

“Aku berada di tengah-tengah laut, ombak kuat, aku rasa takde harapan nak hidup. Aku menjerit mintak tolong kerana terlalu takut. Tiba-tiba, ketika aku jerit tu, aku tersebut nama ALLAH!! Kemudian aku pun selamat. Lepas tu, aku teringat, yang aku ada jerit nama Allah, sedangkan aku tak pernah tahu dan tak pernah dengar nama Allah. Kemudian, aku bertanya kepada orang tentang Allah. Bila bertemu orang islam, dan apabila mereka cerita kepadaku bahawa Allah adalah tuhan sekalian alam, aku terus terkejut, terkasima, dan masuk islam!!”

So, setakat ni, faham makna fitrah?

FITRAH PERLU DI URUS!

Tapi, saya nak bagitahu satu benda. Actually, FITRAH NI PERLU DI URUS. Yang mana, kalau tak di urus, seseorang tu boleh jadi sesat, menyeleweng, dan ‘lari dari fitrah’. Fitrah boleh jadi baik, fitrah boleh jadi jahat!

Saya bagi contoh.

Marah.

Marah adalah fitrah. Semua orang ada sifat marah. Sape takde sifat marah, maknanya dia lari dari fitrah. Cuma, persoalannya, bagaimana kita uruskan fitrah marah ni ke arah yang Allah redha?

Adakah Allah akan redha orang yang suka marah-marah, mencarut, mengamuk sini sana? Dan bila kita tegur, dia jawab:

“Apa salahnya aku marah? Marah tu fitrah!”

Rasanya, valid tak alasan dia? Memanglah sifat marah tu fitrah. Namun, ia perlu di urus! Macamana? Kita kena rasa marah bila tengok kemungkaran, kita kena marah bila tengok orang perlekehkan agama Allah, kita kena rasa marah bila orang hina rasul, kita kena rasa marah! Yang mana, dengan marah, baru kita akan bergerak untuk mengubah perkara yang kita marahkan. Itulah marah yang Allah redha!

Umar Alkhattab, seorang yang panas baran, cepat marah. Sebelum dia masuk islam, dia memang gangster mekah, semua cuak dengan dia. Sekali dia mengamuk, silap besarla. Tapi, bila dia masuk islam, adakah nabi suruh Umar buang sifat marah dia? Tak! Tapi, apa yang nabi buat ialah, nabi salurkan fitrah marah tersebut ke arah yang Allah redha. Lalu, terkenallah Umar, sebagai “Alfarouq”, pemisah haq dan batil, yang mana, dengan Umar sangat sensitif sangat marah, bila ada orang yang memperlekehkan islam.

Sebab tu saya cakap, tak semua fitrah itu Allah redha. Sebab tu, fitrah perlu di urus.

CINTA TU FITRAH?

Bila kita sebut cinta, cinta bukan setakat ungkapan di bibir wahai kawan. Cinta itu ibarat iman. Perlu di ucapkan dengan lisan, membenarkan dengan hati, dan di BUKTIKAN dengan amal. Cinta yang hanya di mulut, tu namanya sembang kencang!

Ya. Cinta itu fitrah. Tapi, ingat, cinta boleh hancurkan kita, cinta juga boleh meningkatkan darjat kita di sisi Allah, bergantung pada BAGAIMANA kita URUSKAN cinta. Tolong, tolong jangan sempit sangat pemikiran. Jangan ingat, cinta ni setakat cinta awek, crush, bf/gf bagai. Janganla sempit sangat pemikiran tu wahai kawan. Cuba fikir jauh sikit. Cuba…

Cinta ada banyak.

Cinta Allah. Sejauh mana kau cinta Allah? Atau kau sembang kencang, just kat mulut kata cinta Allah, tapi langsung takde bukti? Kalau betul cinta Allah, patutnya, kau selalu fikir pasal Allah, rindu Allah, menangis teringat Allah, tak berani nak buat Allah marah dan tersinggung, kau akan berusaha untuk cinta kau di balas, kau akan tungkus lumus buat Allah senyum gembira, kau takkan berani buat  maksiat, kau akan rasa marah bila kau nampak ada orang yang buat Allah marah, lalu kau tegur orang tu. Kau selalu berkhalwat dan berdua-duaan dengan Allah di tikar sejadah, tika sujud. Kau akan selalu sembang dengan Allah, mengadu pada Allah dalam doa kau. Kau tersenyum sorang-sorang bila fikir nikmat dan syurga Allah. Kau menangis sorang-sorang bila fikir azab dan kemurkaan Allah.

Itu kalau kau betul cinta Allah!

Cinta rasul. Sejauh mana kau cinta rasul? Kalau betul kau cinta rasul, patutnya kau akan ikut sunnah dan ajaran baginda. Kau tak sanggup buat nabi kecewa, kau takkan sanggup berfashion pelik-pelik, kau akan rasa ghairah untuk berpakaian mengikut sunnah, tutup aurat sempurna. Kau akan selawat padanya, kau akan menangis rindu baginda. Dan, yang paling penting, kau sambung usaha dakwah baginda!!

Itu kalau kau betul cinta rasul!

Banyak lagi. Cinta ilmu, cinta mak ayah, cinta adik beradik, cinta suami isteri, dan banyak lagi cinta-cinta yang baik, cinta-cinta yang Allah redha.

Tapi, kenapa hari ni, ramai di kalangan kita yang menggunakan fitrah cinta tu ke arah yang Allah murka?!

Cinta sebelum nikah? Menangis fikir awek, menangis fikir pakwe, teringat crush, belajarpun sebab awek, habis masa berjam-jam fikir pasal awek/pakwe, duit banyak habis sebab awek/pakwe, kredit habis sebab chatting, call, belanja topup awek kononnya caring, belanja makan, pastu duit habis, minta mak ayah. Apa masalah sebenarnya?!

Pastu, gunakan alasan tunang untuk terus couple, cintan cintun, mesej bagai, pastu ada yang zina time tunang, apa semua ni? Pastu, tengok drama korea jepun pasal cinta, pastu lagi pelik dan gerun, jatuh hati pulak kat pelakon dan penyanyi, minat dan obsess Justin bieber, one direction, lee min ho, dan lain-lain. Pelik gila!!

Pastu guna alasan “cinta tu fitrah” untuk membenarkan kesalahan. Apa semua ni?

Makan pun fitrah. Tapi bila makan babi, jadi haram wahai kawan. Minum pun fitrah, tapi bila minum arak, jadi haram wahai kawan! Cinta tu fitrah, tapi bila cinta sebelum nikah, dan kau sibuk habiskan masa dengan cinta tu, jadi haram wahai kawan!

"Apa salahnya makan babi. Makan tu fitrah! Apa salahnya minum arak? Minum tu fitrah!!"

Apa ke gerun alasan macam ni?

Kau telah salah guna nikmat cinta yang Allah bagi, untuk benda yang kau tak patut cinta! Dan akhirnya, kau hancur! Kau sanggup lambatkan solat, sebab tengok drama, kau sanggup buat dosa ikhtilat, semata-mata nak chat dengan awek/pakwe. Semua ni syirik! Syirik! Kau takut untuk tinggalkan couple kau, kau takut untuk unfriend awek kau, kau takut untuk tak balas mesej pakwe kau, hanya semata-mata sebab takut diorang kata kau ni sombong, poyo, ekstrimis, bajet jual mahal dan lain-lain, sedangkan, kau lupa pandangan Allah!!

“Antara tanda cinta yang syirik dan kufur ialah dia mengutamakan keredhaan orang yang di cintainya melebihi keredhaan Allah. Untuk mendapat cinta tersebut, dia sanggup mengorbankan benda yang berharga, sedangkan untuk Allah, dia hanya berkorban ala kadar….”
 (Ibn Qayyim)

Kau rasa, adakah cinta yang sebegini Allah redha? Apa nama yang kau letak, cinta islamik lah, apa-apalah. 

"Aku tak couple, aku just bercinta!"

Apa-apa alasan yang kau bagi, semuanya tak menghalalkan cara. Ingat, couple ni pegang-pegang tangan baru salah? Mesej-mesej tu pun dah salah!

KESIMPULAN

Cinta ni nikmat. Tanpa cinta, kita takkan mampu berkorban diri masa harta dan tenaga untuk Allah. Tapi, bila Allah bagi sifat cinta, dan kita gunakan ia untuk cinta Allah, maka kita akan sanggup korban segala-galanya untuk dapat Allah!

Janganlah salah gunakan nikmat Allah ni dengan cinta yang tak sepatutnya..

Saya yakin, ramai yang terseksa. Cukup menyeksakan...

Ramai yang nak sedar, dan ada di kalangan korang yang betul-betul ingin berubah dan BEBAS dari penjara cinta ini, lantas bertanya:

“Bagaimana saya ingin melupai orang yang saya cintai? Saya asyik teringatkan dia, dan saya rasa amat susah untuk lupakannya!”

Maka, ingatlah pesanan ini:

“Seperti mana kita selalu lupakan Allah, abaikan Allah, langsung tak hiraukan Allah, langsung tak berkorban untuk Allah, dan sentiasa buat Allah marah, sehingga kita LUPA dan LANGSUNG tak cintakan Allah, seperti itulah kita perlu buat kepada orang yang kita cintai….

Kalau kita mampu lupakan Allah selama ni, takkan kita tak mampu lupakan orang yang kita cintai?”

Menangislah dan berubahlah. Rupa-rupanya, cinta kita kepada Allah selama ini adalah PALSU, penipu, dan hipokrit. Pun begitu, adakah kita sedar bahawa Allah masih lagi mencurahkan kasih sayangnya pada kita walaupun Allah tahu bahawa cinta kita padaNya adalah palsu?

Kerana itu, taubatlah. Kembalilah pada Allah. Menangislah padanya. Dan, berubahlah!


Wallahua’lam.




Assalamualaikum, ahlan wasahlan ~ InshaAllah ana ada kongsikan sedikit ilmu. Semoga kalian sudi membaca ye. InshaAllah sama-sama kita kongsi ilmu.

Entries About Links

Chit chat~