Friday, 9 January 2015 | 16:46 | 0 comments
Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Moga2 semua sihat walafiat. Panjatkan lah kesyukuran kepada Allah kerana kita masih diberi nikmat hidup, nikmat islam, dan nikmat iman. Alhamdulillah ~ moga2 harini lebih baik dari semalam. Jangan sia siakan masa yang ada. Teruskan perjuangan hidupmu. Jadilah insan yang berguna di dunia dan akhirat.
Hmm, 10/11/2015. Dah hari ke-10 untuk tahun 2015. Macam mana dengan hidup korang? Ada perubahan? Atau masih dalam mimpi? Atau masih mencari azam baru itu? Tepuk dada, tanya jiwa. Bak kata orang tahun baru kena ada azam barukan. Teha pun tak buat azam baru sebab azam yang dulu tak tercapai2 lagi ehehhe. Mungkin ada hikmah nya kan. Kita kena usaha sendiri. Nak dapat apa yang kita nak bukannya mudah. Mesti ada dugaan mesti ada cabaran yang perlu kita hadapi dalam hidup ini. Tipulah kalau korang kata korang tak pernah dapat ujian atau dugaan dalam hidup. Setiap orang ada ujiannya masing2. Semua itu Allah dah tentukan. Sedangkan Nabi pun ada cabarannya tersendiri. Tapi baginda tetap kuat dan tabah nak hadapi semua tu. Padahal ujian baginda lagi berat pada kita. Jadi kita kenalah jadi macam Nabi jugak. Tak mudah putus asa. Tak mudah mengalah. Kuat sikit! Biasalah tu, Allah nak uji kita kan. Wallahu a'lam.