HELLO PEEPS !.welcome and Be nice here. please click this . +Follow | Dashboard
MY DIARY ONLINE

Assalamualaikum dan salam sayyidul ayyam. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hirup udara segar ye. Hari jumaat ini perbanyakkan amalan. Baca al-Kahfi. InsyaAllah terhindar dari fitnah dajjal. Alhamdulillah akhirnya dapat gak cuti hehe. Dua bulan tak balik rumah. Rindu rasanya kat semua orang. Lagi2 kat abah ummi :')

Nak tahu pasal sek baru ana? Hehe alhamdulillah semuanya okay. Ana cuma nak berkongsi cerita je harini. Masa mula2 masuk ana cam biasalah jadi pendiam en. Maklumlah tak kenal semua orang. Jadinya kenalah jadi blurr kejap haha takde ah. Ingatkan dorang ni mula2 sombong. Tengok2 baru sehari kenal dah rasa cam lama kenal. Friendly sangat. Sonok dapat kawan kat sana. Semua jenis banyak cakap. Cuma ada lah gak segelintir yang tak suka sembang sangat, Hm adat asrama kan. Lain orang lain perangai. Tapi teha rasa bertuah sangat dapat belajar kat MATMA sebab semuanya perempuan kan. So rasa bebas kit. Nak menghafaz pun senang, insyaAllah ~

Tapi yang agak sleng nya kan kat sana macam2 haiwan kita jumpa hehe. Ada satu malam tu kitorang ada gotong royong sebelum nak balik en. Ada dua pelajar ni khidmat kat tandas. Time tu kita khidmat tandas gak tapi nak habiskan pack barang dulu baru buat khidmat, Tetiba dorang jerit. Kita pun pelik. Kita tanya dorang 'kenapa ni?'. Dorang pun jerit, 'LIPAS!!!'. Hahahahah jadi tukang gelak jelah sebab lawak, Hehe. Lepastu pulak dalam masa yang sama ada sorang pelajar ni nak buang sampah tetiba dia pun jerit sambil lari pulak tu. Kita tanya lah 'kenape ni?'. Pastu dia jerit, 'CICAK!!!'. Hahaha k faham. Semua haiwan nak munculkan diri malam tu. Lepas kitorang dah buat khidmat tandas kat dalam, kitorang buat tandas luar pulak. Then kita cakap lah 'Kalau buat tandas luar bahaya sikit, kena hati-hati.' Dorang semua dah takut. Kitorang pun mulakan lah operasi membersihkan tandas luar hehe. Tiba tiba...... ada sorang ni jerit, kita main lari je hahaha. Rupa rupanya ada katak pulak. MasyaAllah macam macam. Lucu tengok gaya dorang. Padahal kita lagi besar dari haiwan tu kot. Cuma gelilah sikit kan hee.

Apa apapun korang semua memang terbaik! Sayang korang ~ Ana uhibbukunna fillah abadan abada. Wallahua'lam ~

|



Assalamualaikum, ahlan wasahlan ~ InshaAllah ana ada kongsikan sedikit ilmu. Semoga kalian sudi membaca ye. InshaAllah sama-sama kita kongsi ilmu.

Entries About Links

Chit chat~