Saturday, 28 February 2015 | 17:19 | 0 comments
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah mari sama-sama panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana masih diberi nikmat islam dan nyawa untuk kita meneruskan kehidupan kita di bumi ini. Jangan sia sia kan masa ini. Allah masih sayangkan kita. Dia mahu kita bertaubat atas segala dosa yang kita lakukan. Muhasabah balik.
InshaAllah hari ini ana kena balik ke maahad semula untuk meneruskan perjuangan menghafaz al-quran. InshaAllah dalam masa dua tahun lagi ana boleh hafaz 30 juzuk. Ameen. Sebenarnya nak menghafaz quran bukannya senang. Ingat senang macam kacang ke? Tak. Mula2 memang agak rumit bagi ana untuk hafaz ayat-ayat suci quran ni. Tapi lama kelamaan, alhamdulillah ia boleh menjadi perkara yang senang. Tapi itu semua berbalik pada diri kita. Kalau kita sentiasa amalkan doa2 ke solat sunat ke atau apa2 ibadah maka Allah redha ke atas kita, inshaAllah. Jangan pandang remeh tentang ni semua. And jangan riak bila dah banyak dapat hafaz. Bahaya. Bimbang Allah tak sukakan kita. Nanti kang mana tahu hafalan korang tetiba lenyap macamtu je dari kepala otak korang. And kalau nak menjadi hafiz/hafizah yang berjaya dan cemerlang, kita mesti kena jaga adab dengan guru. Adab dengan guru ni sangat penting. Sebab guru lah yang tasmi' kita and ajar kita macam2 ilmu kan. Jadinya kita tak boleh nak melawan guru kita sendiri.
Nanti ana dah balik maahad, korang semua jaga diri ye. Jaga iman. Jaga maruah. Jaga hati. Jalani lah kehidupan ini dengan tenang dan bahagia. Jangan tinggal solat. Jangan liat nak bangun tahajjud. Yep yep yep. Ana nak mintak maaf andai ada salah dan silap selama kita berkenalan. Apa2 yang berlaku kepada korang, jangan pernah putus asa. Berdoalah. Allah kan ade? Hehe. InshaAllah bulan 4 nanti ana akan kembali. Sekian wallahua'lam ~